Thursday 1 December 2011

Cerita si anak.....


Ibuku
 buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… 
Dia amat memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.


Pada suatu hari 
semasa di sekolah rendah,
ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu.
Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.


Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata,
“EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketikaitu aku hanya ingin membenamkan diriku. 
Aku juga mahu ibuku hilang darihidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, 
“Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa,
alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!
Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya 
kerana aku tengah marah ketika itu..
Akulangsung tidak peduli akan perasaannya… 


Aku ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan 
akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku berkahwin.
 Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak.
 Aku amat gembira dengan kehidupanku.


Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. 
Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...

Aku menjerit kepadanya, 
“Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!
"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Denganpantas ibuku menjawab 
“Maaf, Saya tersilap alamat” 
dan terus menghilangkan diri.


Satu hari 
surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu 
aku telah memberitahu isteriku yang aku 
akan pergi untuk urusan perniagaan… 


Selepas perjumpaan itu, 
aku telah pergi ke rumah usang ibuku
 hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!!
Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…


“Anakku yang dikasihi,
 Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura 
dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira 
kerana kamu akan datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu…. 
Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, 
aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… 
Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…





Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. 
Selepasitu taatlah 
kepada ibumu 
kemudian ibumu
kemudian ibumu
kemudian ayahmu!
Wassalam...

No comments:

Post a Comment